Ini adalah panduan bagaimana untuk memiliki hati yang lebih tenang & gembira.
Ebook ini saya tulis berdasarkan pengalaman selepas gagal dalam perkahwinan pertama, saya hampir gagal dalam perkahwinan kedua pula. Masa tu saya rasa kecewa, malu dan buntu sangat. Bayangkanlah satu persatu ujian datang dekat saya sampai saya jadi depression, hidup pun bergantung dengan ubat depression je. Saya selalu cakap dekat diri sendiri ‘aku ni tak layak disayangi dan menyayangi ke? Atau aku tak cukup bagus untuk dapat suami yang aku harapkan.
Pelbagai persoalan yang buat saya jadi semakin depress. Lama saya mencari jawapan. Habis beratus ribu ringgit saya belajar mencari jalan keluar kemelut ini.
Akhirnya saya berjumpa jawapan. Dan jawapan yang saya jumpa ni membawa sinar bahagia dalam rumahtangga saya, alhamdulillah. Dan apa yang saya ada sekarang ni saya nak kongsikan kepada wanita-wanita lain agar mereka dah tak payah dah nak menderita macam saya dulu.
Melalui panduan ini, anda bukan sahaja akan belajar bagaimana cara hidup lebih tenang, bahkan saya juga nak bantu wanita agar tidak perlu menghadapi saat getir sama seperti apa yang saya pernah alami suatu ketika dahulu.
Ramai wanita apabila berhadapan dengan masalah dengan pasangan, akan mengambil jalan berdiam diri atau memendam rasa sehingga merosak diri dari dalam. Insyaallah panduan ini akan bantu anda melalui satu transformasi diri. Anda akan memiliki rahsia bagaimana untuk hidup TENANG dan BAHAGIA.
Yang paling menarik ialah di dalam ebook ini saya akan tunjukkan kaedah mudah yang boleh bantu anda untuk ‘reset’ diri anda menjadi orang yang baharu, sehingga bahagia dan ketenangan kembali ke pangkuan anda. Sangat praktikal untuk anda.
We use cookies to ensure that we give you the best experience on our website. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.Ok